-cerita 1-


Mana silapnya arah yang aku jejaki
Yang ku temu hanya pintu sepi
Dalam keriuhan ku rasakan kekosongan
Jiwaku dahaga kasih sayang
Masih tak bertemu yang kucari dulu
Hati masih berlabuh
Dalam langkah perjalanan terkeliru
Hilangnya arah tuju
Sungguh lama terpisah pandangan
Sejak detik akhir pertemuan
Jauh meninggalkan dirimu dan diriku
Terpisah bersama waktu 
Sejauh mana sekalipun aku berlari
Ingatan padamu menghantui
Aku tak mengerti dan tidak ku mampu lagi
Menahan gelora hati ini
Ingin ku kembali ke jalan yang dulu
Aku rindu padamu
Moga dibukakan semua pintu-pintu
Untuk ku bersamamu
Ingin aku mendaki semula
Tangga-tangga ke pintu bahagia
Mencari cahaya cinta yang sebenarnya
Antara aku dan dia...
keasyikan lagu dari alleycats melalui mp3 yg sering dipasangnya membuatkan dirinya seakan-akan pelakon didalam alunan muzik itu.bukanlah satu perkara aneh bagi diri seseorang jika mendengar lagu dan mula berkhayal akan apa yg diinginkan.tanpa sedar dirinya kini berada ditengah-tengah kotaraya yg sibuk,manusia berlari-lari anak untuk mencapai apa yg mereka inginkan dan kadang kala manusia kota terlalu taksub akan diri mereka sendiri serta dunia yg mereka jalani.dirinya seperti itu,manusia kota.tidak lari dari fitrah sebenar.tapi tiada siapa yg tahu apa yg difikirkannya.begitu juga dirinya.setiap lagkahnya terasa panjang dan sesuatu yg berat tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
melihat jam ditangan,maya mula sedar masa tidak menunggu dirinya tetapi masa harus dikejar.terlalu kusut fikiranya memikirkan beban yg dipikul.hari demi hari dia memikirkan masalah yg menimpa.baginya semua adalah ujian,tetapi kesedaran dalam dirinya belum cukup untuk menyelesaikan masalah yg wujud sekian lama.
maya lantas bangun dari kerusi dan meniggalkan cafe yg terletak disalah sebuah pasaraya terkemuka dikota itu.maya mula mencari kereta yg diletakannya dikawasan letak kereta berhampiran dengan cafe tadi.
'mana pulak aku paking kereta aku tadi..soal maya pada dirinya.
'ahh,sudah.tak kan ada orang curi kot.'teka maya
maya mula resah kerana itu adalah satu-satunya kereta yg dimilikinya setelah berkerja selama tiga tahun sebagai setiausaha syarikat masximum holding.
maya terus mencari keretanya,sehinggakan dihampir-hampir dilanggar kereta yg turut mencari kawasan parking.
pin..pinnn...pinn.'woi!!gila ke....jerit sipemandu sambil menunjukan tanganya kearah maya.
'ko nk mati cepat ke,..tepi la orang nak lalu'marah sipemandu lagi
maya terserentak dengan teguran pemandu itu maya lantas bergerak ke tepi jalan.maya baru tersedar dirinya tadi betul-betul berada dilaluan kereta masuk.ini disebabkan terlalu resah mencari keretanya.maya melihat pemandu tadi berlalu pergi dalam keadaaan yg marah.maya hanya mampu berdiri tegak disitu tanpa berkata apa-apa kepada sipemandu.perasaan takut tadi belum hilang.tiba-tiba maya ditegur oleh seorang pakcik yg menjaga kawasan tersebut.
'nak.. tak apa-apa.soal pakcik tadi
'pakcik terkejut tadi tengok nak hampir kena langgar dengan pemandu tadi..nak tak apa-apakan...tanya pakcik lagi
'err,,tak..tak..apa-apa..saya ok..cuma terkejut sikit..jawab maya gementar
'nak cari apa sampai ketengah jalan?'..soal pakcik lagi
'err..saya tengah cari kereta saya..tak ingat mana saya paking'..jelas maya sambil memerhati kereta-kereta yg ada.
'owhh..pakcik ingatkan apa tadi..nak langsung tak ingat mana nak letak..maksud pakcik sebelum nak masuk tadi nak letak mana'.
'saya tak ingat..jawab maya ringkas
'nak pakai jenis kereta apa?..tanya pakcik
'viva'..
'warna..??
'putih..
'nombor plat kereta'..
'errr..a..e..d 2..2.41'..jawab maya teragak-agak.
'baik,nak tunggu kat situ dulu'..sambil menunjukkan kearah pondok pengawal.
'pakcik akan minta tolong kawan-kawan pakcik yg lain untuk cari kereta nak tu..nanti bila dah jumpa pakcik bagi tahu'..
'terima kasih pakcik'.balas maya.lantas dia bergerak kepondok pengawal.
tiba-tiba..bunyi suara dari radio duahala kedengaran..
'sruttt..sruttt...pengawal 5..pengawal 5..panggilan dari pengawal 2 over'..pengawal yg menjaga tadi lantas mencapai radio tersebut
'pengawal 5 ..pengawal 5..pengawal 2 disini over'..balas pengawal 5 ringkas
'pengawal 2.pengawal 2..sila maklumkan pada cik tadi..bahawa kereta sudah dijumpai...over..
'pengawal5..pengawal 5..berita faham..roger an out...'lantas peti radio tadi diletaknya semula ditempat asal.
'cik..kereta cik sudah ditemui..sila ikut saya'arah pengawal lalu pergi..
maya yg gelisah dari tadi semakin gembira setelah dikhabarkan keretanya sudah ditemu..maya lantas mengikut pengawal tadi.
dari jauh maya melihat pakcik tadi dan seorang pengawal menunggu di salah sebuah kereta berwarna puith.dan setelah maya mendekati kereta itu.maya melonjak gembira.kerana kereta itu sememangnya kereta kepunyaanya.
'ni kereta nak bukan..soal pakcik tadi kepada maya..
tanpa ragu-ragu maya menjawab..'yaa...nie kereta saya..terima kasih pakcik..terima kasih banyak-banyak'..ucap maya keriangan.
'kawasan yg nak paking nie memang susah nak cari sebab  jauh dari pintu utama pasaraya.sebab tu nak tak dapat cari..selalunya pengunjung yg letak kereta sini susah nak cari balik kereta diaorang..terang pakcik tadi.
'lepas nie kalau nak letak kereta dikawasan nie,nak carilah kawasan yg dekat dengan pintu pasaraya..nanti tak la tercari-cari..pesan pakcik tadi kepada maya.
'baik la pakcik..terima kasih sangat-sangat'..ucap maya tersipu-sipu...
maya lantas masuk kedalam keretanya dan menghidupkan enjin.penghawa dingin dipasangnya terasa tidak cukup sejuk kerana masih merasa takut akibat peristiwa tadi..maya menghembus nafas panjang.lalu membawa keretanya membelah jalanraya yg cukup sibuk.
sesampainya di apartment yg didiaminya.maya lantas memasuki ruangan meletak kereta berhampiran.maya mengatur langkah untuk mendekati lif yg sedia ada.setelah pintu lif terbuka maya terus masuk dan menekan butang 4.pintu lif terbuka dengan sendirinya.maya keluar dan segera menuju kearah apartment bernombor  16a1.pintu diketuk.
"assalamualaikum...makcik jah...oooo..makcik jahh..'laung maya
pintu diketuk berapa-berapa kali.namun tiada jawapan.maya resah.lalu maya mengeluarkan telefon bimbitnya berjenama nokia.butang-butang telefon ditekannya dengan laju.belum lagi didail,tiba-tiba pintu terbuka.
"maya...kata seorang wanita tua yg cukup dikenalinya..
'mak'..balas maya ringkas
"mana makcik jah?soal maya hairan
"makcik sembahyang'..jawab wanita tua itu
"mak bukak pintu nie,kita balik rumah yea..maya ada beli makanan.kita makan sama-sama"ujar maya
tiba-tiba seorang lagi wanita tua muncul..dengan membetulkan rambut dikepalanya..dia lantas menunju kearah maya..
"maya..kau dah balik..kejap makcik ambik kunci"ucap makcik jah 
pintu yg tertutup tadi dibukaknya.maya segera masuk lantas mencium tangan ibunya.lalu diciumnya pula tangan makcik jah.
"nah makcik jah kuih"hulur maya kepada makcik jah.
"la..buat apa susah-susah.makcik  dah buat kek pisang tadi..belum makan pun lagi"ujar makcik jah
"tak apa.kuih lain...kek lain..haha.."hulur maya kepada makcik jah
"kamu ni la ada-ada jew.."seloroh makcik jah
"makcik.mak dah mandi?soal maya
"dah..makcik dah suruh tadi..jawab makcik jah ringkas
"mak kamu makcik dah bagi makan..kesian makcik tengok mak kamu tu senyap je..makcik nk sembang dengan mak kmu tu,tapi dia cakap sorang-sorang.susah la macam tu.."terang makcik jah
maya merenung sedih kerarah ibunya.ia..dialah ibu maya..ibu yg sangat disayanginya..sayang yg sukar diungkap dengan kata-kata..hanya allah sahaja yg tahu rahsia ini serta makcik jah.biarlah ianya rahisa..rahsia yg disemat rapi didalam hatinya..walaupun ketawanya menjadi bualan dunia..rahsia..baginya rahsia kawan rapat dalam hidupnya.
"mak jom kita balik..dah lewat petang nie.."ujar maya
"elok la tu,mak kamu pun makcik tengok dah letih tu.."tambah makcik jah
"makcik jah terima kasih sebab jaga mak sepanjang hari nie..kalau tak ada mak jah maya tak tahu siapa nak jaga mak..terima kasih mak jah.."ucap maya
"tak apa maya.makcik jah tak kisah..makcik jah dah anggap maya macam anak kandung mak jah sendiri"ujar makcik jah
"maya pun dah banyak tolong mak jah..lebih dari apa yg mak jah perlukan"luah makcik jah
maya merenung wajah tua dihadapanya..terlalu lama dia disini ..ia mak jah sudah lama menetap disini hampir 10 tahun.suka dukanya disini banyak dikongsinya bersama maya.anak-anak mak jah sudah lama meniggalkan dirinya entah kemana...bukanlah mak jah tidak pernah mengisi ilmu yg ada kepada anak-anaknya..tetapi entah mana silapnya..allah sahaja yg tahu..mak jah redha dengan.apa yg ada.itu la sisa-sisa terakhir buat dirinya untuk terus hidup dimuka bumi tuhan ini.
setelah meminta diri lalu maya  membawa ibunya keluar dari apartmnet tersebut dan menuju kesebelah apartmentnya.maya dan mak jah menjadi jiran sejak 4 tahun yg lalu.pada mak jah lah maya meminta bantuan jika dia tiada dirumah untuk menjaga ibunya.budi mak jah akan dikenang sampai bila-bila.
.pintu apartment ditutup dan rahsia yg tersemat disimpan rapi didalam rumah itu.bukan malu atau gelisah,tetapi bagi maya,biarlah dia yg menanggung rahsia ini.kerana baginya manusia lain turut ada beban yg harus dipikul.cukuplah sekadar dirinya dan mak jah sahaja yg tahu..
maya berada dikerusi sambil memikirkan dirinya dan ibunya..baginya kasihnya terhadap ibunya tidak berbelah bagi..biarlah apa jua rintangan yg datang baginya yg utama ibu..ibu..ibu.. mata dipejam rapat...lalu mengalir airmata membasihi pipi gebunya...dan terus lena dibuai mimpi..dan melupakan apa yg terjadi pada hari ini..

(my firts story-hope u all enjoy read all this-n 4 thos yg nk bagi pendapat..silakan..iam new-untuk sambungan nantikan cerita 2-pada masa akan datang..see u soon)-tnks pada sesiapa yg sudi membaca...shaintro.(@_@)



Comments

Popular posts from this blog

charlie BIT me..

saranghae.....bigbang

k-pop yg digilai..anneyong..