NOVEL vs MAJALAH vs KOMIK

Assalamualaikum..salam sayang kepada pembaca blogger semua..
sihat??dah makan?mandi??

ok semua soalan diatas tak ada kena mengena dengan apa yang aku nak post..
SOALAN:-
1-NOVEL
2-MAJALAH HIBURAN
3-KOMIK
senang je pilih yang mana satu korang suka??tak suka semua??baca la surat khabar UTUSAN nun..XD

NOVEL
-cerita cerpen yand dikarang panjang oleh penulis-
-bentuk jalan cerita bergantung kepada fahaman/kisah/tragedi/minat/pengetahuan penulis..
-panjang muka surat novel dianggarkan sekitar 100 keatas..
-tiada gambar menarik dimuat turun..pembaca dikehendaki berimaginasi ketika membaca.
-ayat dalam novel mungkin agak puitis/ganas/selamber/bijak/jiwang/berbelit/kadang-kadang campuran  bahasa berlaku cth:-"you tahu tak,i menyampah dengan gosip-gosip yang make me mad"WTF!!
-golongan yang dikesan kerap membeli novel PEREMPUAN-lelaki ada jugak..tapi kurang..

MAJALAH HIBURAN
-cerita ataupun info-info yang ditulis oleh berapa penulis yang berkecimpung dalam bidang hiburan dan sewaktu dengannya..
-bentuk jalan cerita sangat menarik!!kerana tak memerlukan fahaman yang jelas..cukup buat story,tambah garam+gula dalam artikel tersebut..
-panjang muka surat tidak melebihi 20-kalau ikutkan hati nak tambah lebih..tapi takut kena saman pulak.jadi sikap berhati-hati diambil kira..
-terdapat pelbagai gambar-gambar yang dimuat turun..pelbagai aksi/reaksi/seksi..memerlukan model cover majalah(tujuan-supaya laku)-contoh:.ZIZAN rajalawak-keputusan-hari ini keluar..esok gerenti habis!!
-bahasa yang digunakan agak sensasi..lebih berbentuk spontan..
-golongan yang dikesan kerapa membeli-perempuan/lelaki..bergantung kepada model cover majalah..

KOMIK
-cerita berbentuk lukisan..rata-ratanya mahir dalam bidang melukis..
-bentuk jalan cerita  kelakar/aksi/jiwang/sedih/seram..terdapat pergerakkan yang boleh difahamai..story bergantung kepada mood/minat sipelakar..ending cerita suka diramal..
-panjang muka surat 30 ataupun kurang..
-terdapat gambar yang dilukis (watak dicipta berdasarkan skill ataupun minat)pensel ataupun komputer..
-bahasa yang digunakan pendek mudah dah ringkas..cth:-gua suke lu bro!!
-golongan yang dikesan kerap membeli-LELAKI-perempuan??-antaranya saya!!

p/s-Membaca amalan mulia..,tak kira bentuk/jenis bacaan kita..yang penting kita tahu menilai baik buruk..membaca juga menambahkan kemahiran dalam karangan dan ejaan..terima kasih kerana sudi singgah..salam (maklumat direka oleh penulis..sekiranya salah harap maaf)

Comments

Popular posts from this blog

charlie BIT me..

saranghae.....bigbang

k-pop yg digilai..anneyong..