bagaimana mengenal diri

assalamualaikum salam sejahtera..
pejam celik pejam celik dah tahun 2012..umur pun semakin meningkat..tapi ketinggian je tak..
semakin hari semakin besar tanggungjawab..semakin hari jugak pelbagai rintangan nak kena tempuh..bak kata perpatah..hidup nie umpama roda..kadang-kadang diatas kadang-kadang dibawah..memang sukar nak tempuh tapi suka atau tidak..kita pasti kena lalui..bila jasad ada roh bersatu bermakna kita masih bernyawa..

masing-masing punya peranan..mungkin dia seorang doktor yang harus merawat pesakitnya..mungkin dia seorang peguam yang pasti bijak berkata-kata..mungkin juga dia seorang guru yang bertungkus lumus mengajar anak didiknya..kemungkinan dia seorang tukang masak yang sedia memberi makanan yang lazat untuk para pelanggan..tapi sedar atau pun tidak..mereka masih manusia biasa yang tujuannya hanya untuk mencari rezeki..

rezeki itu bermaksud pemberiaan..pemberiaan dari ALLAH S.W.T kepada seluruh umat manusia didunia..tanpa mengira pangkat.keturunan.bangsa dan agama..rezeki tidak pernah putus-putus hadir sehinggalah matinya seorang anak adam itu..

oleh itu,manusia diberi akal fikiran untuk mengenal pasti kebolehan serta keupayaan yang ada dalam diri masing-masing..mengenal rupa fizikal sahaja tidak cukup,namun kita harus kenal siapa diri kita..

siapa kita..dari mana asal kita..dimana kita dilahirkan..apakah tujuan hidup kita..persoalan-persoalan ini barangkali jarang disoal oleh sesiapa pun..bahkan diri kita sendiri..rata-rata manusia tidak sedar keperluan mereka memikirkan hal-hal sebegini adalah penting..

cita-cita..impian...matlamat..tujuan..semua manusia punyai..namun adakah kita kenal diri kita??adakah kita kenal impian kita??adakah kita tahu apa matlamat  kita?dan ADAKAH KITA TAHU TUJUAN KITA??.

tunding saja jari pada orang lain..namun empatnya lagi terus menunjuk arah kita..sedar bukan??
orang kata kalau mahu mengenal diri kita kena kenal penciptanya..jawapannya IYA!!..
dari mana datangnya kulit,mata,hidung,telinga,mulut,kaki dan tangan,,dari mana datang kekuatan,semangat,ketekalan,ketabahan,,dari mana datangnya pasir,air,angin,laut,tumbuhan,binatang,dan lainya..kalau tiada pencipta..PENCIPTA YANG SATU..ALLAH S.W.T..

p/s:-nukilan hasil dari hamba ALLAH..

Comments

Popular posts from this blog

charlie BIT me..

saranghae.....bigbang

k-pop yg digilai..anneyong..